PASUKAN TARIAN SINGA SJKC CHUNG HUA LUTONG
SJKC Chung Hua Lutong merupakan sekolah rendah pertama dalam kalangan
sekolah jenis kebangsaan Cina di bahagian Miri yang memiliki pasukan Tarian Singa.
Pasukan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong telah ditubuhkan di sekolah ini pada
18 Disember 2017. Pengasas dan jurulatih utama pasukan Tarian Singa sekolah ini
ialah Encik Lai Cheo Tian, Guru Besar sekolah ini, dan guru penolong jurulatih
ialah cikgu Hi Siew Mui. Tujuan penubuhan pasukan Tarian Singa adalah seperti
berikut:
i)
Memperkenalkan Budaya Tionghua.
ii)
Mempertingkatkan kemahiran Tarian Singa.
iii)
Memupuk semangat perpaduan dan mewujudkan keharmonian.
iv)
Meningkatkan disiplin murid.
Guru Besar Encik Lai Cheo Tian selaku pengasas
dan jurulatih utama Pasukan Tarian Singa mengajar ahli pasukan tentang asas
aksi dalam Tarian Singa .
Pasukan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong dengan julung kali telah mempersembahkan Tarian Singa pada 22 Februari 2018, bertempat di SK Merbau,Miri, sebagai salah satu persembahan dalam upacara perasmian Sukan MSSR 2018.
![]() |
| Persembahan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong dalam upacara sambutan tetamu kehormat YB Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew pada hari pembukaan Sukan MSSR, 22 Februari 2018 bertempat di SK Merbau. |
Persembahan Tarian Singa SJKC Chung Hua
Lutong dalam upacara sambutan tetamu
kehormat YB Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew pada
hari pembukaan Sukan MSSR, 22
Februari 2018 bertempat di SK Merbau.
Persembahan daripada pasukan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong juga memeriahkan suasana pada majilis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah pada 1 Mac 2018.
Persembahan Tarian Singa pasukan SJKC Chung Hua Lutong memeriahkan
suasana majlis sambutan Tahun Baharu Cina peringkat
sekolah pada 1Mac 2018.
Pasukan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong bukan sahaja memperkenalkan
budaya Tionghua dalam kalangan warga
sekolah, malah telah berjaya memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan ahli
pasukan seperti hormat-menghormati, menepati masa dan berhemah tinggi.
Keratan akhbar
Sin Chiew Daily pada 1 Mac 2018 membuat laporan tentang pasukan Tarian Singa
SJKC Chung Hua Lutong.
Laporan disediakan oleh Cikgu Lee Sze Thaw










Comments
Post a Comment