Transformasi Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah


Pada Tahun 2016, atas jasa baik pihak lembaga sekolah telah menyumbang peruntukan untuk menaik taraf Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah.
Berikut merupakan kronologi transformasi Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah. 
Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah Lama:
Keadaan PSS dan Perpustakaan Lama yang padat dan sempit. 
Oleh sebab kekurangan tempat penyimpan, PSS dan Perpustakaan Lama padat dengan buku dan rak-rak buku terpaksa disusun dengan rapat dan sempit.

Proses menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah:

-->
Bermula pada pertengahan Tahun 2015, sekolah telah mempunyai blok kelas baharu maka sekolah mempunyai bilik darjah yang berlebihan yang boleh diubahsuai menjadi Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah Baru.

--
Dua bilik darjah telah digabungkan untuk membina Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah Baru yang lebih luas dan selesa. Penaiktarafan adalah tepat pada masanya, seiring dengan peningkatan bilangan murid dan bahan-bahan membaca. 

 ->->
Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah Baru secara rasminya mula beroperasi pada pertengahan Tahun 2016 dibawah pengurusan Cikgu Ling Leh Ping dengan para pengawas perpustakaan. 
Kini, Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah dilengkapi dengan sistem peminjaman buku bar kod,  penyaman udara, telesyen pintar dan pengawasan CCTV. 

->->
Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah juga dilengkapi dengan sofa dan meja yang mencukupi bagi membolehkan para murid membaca atau mengadakan perbincangan dengan selesa.
Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah juga mempunyai lebih banyak rak - rak buku untuk penyimpanan buku cerita dan bahan yang lebih sistematik dan kemas. 
Rak-rak buku juga kini tidak sempit dan mempunyai pencahayaan yang baik untuk murid memilih dan membaca buku. 
Pihak pengurusan juga mempunyai ruangan tambahan untuk sudut bertema bagi mempromosi sesuatu aktiviti, kempen atau perayaan. 

->
Akhir kata, Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan Sekolah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat sama ada untuk para murid mahupun untuk para guru. 
Pihak sekolah menyedari akan kepentingan ini, justerunya mengambil inisiatif untuk menaiktaraf PSS dan Perpustakaan Sekolah agar para murid dan guru boleh memperoleh maklumat dan sumber dengan lebih selesa, mudah, cepat dan tepat. 

Comments

Popular posts from this blog

PASUKAN TARIAN SINGA SJKC CHUNG HUA LUTONG

Pentas & Sudut Khas Bercerita Perpustakaan