SJKC Chung Hua Lutong merupakan sekolah rendah pertama dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan Cina di bahagian Miri yang memiliki pasukan Tarian Singa. Pasukan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong telah ditubuhkan di sekolah ini pada 18 Disember 2017. Pengasas dan jurulatih utama pasukan Tarian Singa sekolah ini ialah Encik Lai Cheo Tian, Guru Besar sekolah ini, dan guru penolong jurulatih ialah cikgu Hi Siew Mui. Tujuan penubuhan pasukan Tarian Singa adalah seperti berikut: i) Memperkenalkan Budaya Tionghua. ii) Mempertingkatkan kemahiran Tarian Singa. iii) Memupuk semangat perpaduan dan mewujudkan keharmonian. iv) Meningkatkan disiplin murid. Guru Besar Encik Lai Cheo Tian selaku pengasas dan jurulatih utama Pasukan Tarian Singa mengajar ahli pasukan tentang asas aksi dalam Tarian Singa . Pasukan Tarian Singa SJKC Chung Hua Lutong deng...